Tuesday, July 19, 2011

Kelebihan dan Kekurangan Pekerjaan di Fast Food Restaurant

Sejak kerja di salah sebuah restoran makanan segera sejak 2 minggu lebih ni,..
Baru lah aku tahu realiti sebenar kehidupan pekerja-pekarja fast food seperti McD.. KFC.. Kenny Rogers.. Etc...
Mungkin management dia berbeza tapi generalnya, sama je sebenarnya..

Kelebihan
Makan free setiap hari..
Korang pastinya akan diprovide meal pada waktu break.. Ada certain kerja ada sediakan elaun makan kan?.. Hah.. Tapi, kalau dah tiap-tiap hari korang makan benda alah tu.. CONFIRM muak! Awal-awal kerja je korang rasa seronok.. Lama-lama nak bau benda tu pun dah tak hingin,.. Huhuhu...

Lebih berdisiplin..
Benda ni aku tak boleh jamin.. Impact nya mungkin berbeza pada setiap individu.. Tapi, pada aku, disebabkan kawalan dan TERLAMPAU banyak prosedur membuatkan aku serba sedikit berubah menjadi lebih berdisiplin.. Tapi, tak juga.. Sebab kebanyakan mereka yang bekerja di fast food restaurant ni adalah mereka yang selalu cakap BODOH, sial, babi, cilaka... Jadi possibility untuk menjadi mereka yang terlebih sudah sosial juga ada.. Huhuhu... BUKAN SEMUA ya.. Cuma sebilangan kecil.. 

Kekurangan
Penat
Ini memang diakui SANGAT BENAR.. Bayangkan.. Kalau korang kerja kilang pun, korang boleh tergolek, duduk,.. Tapi if korang kerja di fast food restaurant, korang tak boleh duduk,.. Sentiasa lah berdiri.. Bayangkan 8 jam berdiri.. Even dapat break, tapi kepenatan tu susah nak hilang.. Seriously,.. Kepada mereka yang tak ada kudrat untuk membuat kerja-kereja buruh, better cari kerja lain..

Gaji kecik
Gaji aku sebagai part time adalah kecik jek... Memang kecik gilerrr.... Memang sangat tak berbaloi.. Senang cerita, beza gaji aku sehari dengan mak aku adalah RM97.. Hah... Beza gilerrr kan?? Lepas aku tambah tolak darab dan bahagi.. Aku cuma boleh dapat lebih kurang RM500 sebulan.. Itu kalau bernasib baik.. Kalau dah kena cut hours setiap hari,.. RM500 pun tak cecah wooo.... Dah lah kau sakit pinggang.. Sakit kaki.. Tapi dapat banyak tu jek.. Memang taiikkk r... Itu pasal mak aku cakap.. Belajar betul-betul.. Dapat kerja bagus-bagus...

Banyak lagi sebenarnya.. Tapi aku tak ingat.. 
Korang lak macam mana?? Best tak kerja korang sekarang ni??
Apa pun,... Lepas kerja 2 minggu lebih ni.. Ingin aku katakan... BELAJAR LEBIH BEST!

Mar kata:
Ada sesiapa nak buat aku couple dia..
Untuk segmen Umar Faruq??

3 Pemuzik Macam MAR:

mr.dinie said...

da mcam gaji keje kilang je bro..sdey 2..

Cik Kasut said...

dlu masa pratikal dekat palace of the golden horses baru ler tau azabnyer keje kt kitchen nie...penatnyer dah ler badan nie bukannyer besar mana pn nak kena angkat kawah segabak alam... penah sekali tu balik dari keje dah siap nk tido borak2 kot ph sx tetido da bagun pagi jer ph ada g kat telinga...hahahahaha...

Anonymous said...

urm.. ^_^
belajar or mnimba ilmu theoretically mmg BEST! but,pada pndapat sy..
mncari pngalaman dgn bkerja adalah ilmu khidupan yg sgt BRHARGA! =)

Karya Seni MUSICBRILLIANT.COM