Tuesday, February 7, 2012

Selasaku Berlagu : Noktah Buat Musicbrilliant.com

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum w.b.t

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Baru aku mengerti perasaan Nur Dani untuk meninggalkan WLA. Itu juga yang aku rasa sekarang. Dan kali ini, bukan setakat WLA yang akan aku tinggalkan. Blog dan Twitter semuanya hanya akan menjadi ingatan indah buatku. Aku akan berhenti menaip di sini hari ini. Mungkin jika panjang umur, episod lain akan menjelma.

Tujuan NOKTAH buat aku adalah supaya aku berhenti memberi HARAPAN kepada mereka-mereka tanpa aku sedari. Untuk membetulkan semula labu yang aku rosakkan biarpun ianya mustahil. Ini adalah keputusan FINALE yang aku buat setelah aku berfikir panjang. Oleh itu, aku ingin meminta maaf kepada semua pihak jika ada salah dan silap aku lakukan dalam dunia siber ini.

Hutang vector untuk Amira Ryeowook dan Azhafizah akan ku lunaskan dulu sebelum perginya aku tanpa kesan. Blog ini akan ku biarkan usang dengan harapan info di dalamnya dapat memberi MANFAAT kepada mana-mana pihak. 

Sekian, 
Mar.

Selasaku Berlagu : Gen X-4

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum w.b.t


Pernah dengar kumpulan Generation-X4? Tak pernah?? Bagaimana pula dengan KOOL, Shades, Nico dan juga AtoZ? Aku membesar dengan lagu-lagu mereka. Especially AtoZ yang popular dengan lagu Itik Gembo Gembo dan lagu Jangan Diucap Selamat Tinggal dendangan kumpulan Shades. 

Generation-X4 sebenarnya merupakan gabungan 4 kumpulan tersebut. Kata Riot KOOL, Generation-X4 adalah projek khas yang dibuat untuk mengubati kerinduan peminat-peminat 4 kumpulan tersebut. Sebenarnya aku sendiri pun baru tau tentang kumpulan ini bila mendengar lagu Kerana Kasihmu dalam drama Vanilla Coklat.

Badan masing-masing dah besar dah.. HahahaXD

Sunday, February 5, 2012

SANTAI #5 A Lie Makes Many

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum w.b.t



Zara: Awak, saya nak tanya, ada ke tipu SUNAT?
Amir: Tipu sunat?
Zara: A'ah. Saje lah nak meriangkan suasana. Malas lah nak jawab soalan banyak-banyak.


Itu merupakan petikan drama Vanilla Coklat episod ke 7^^ MENIPU. Siapa yang tak pernah menipu di dunia ni? Semua orang pernah melakukan penipuan tidak kira penipuan secara besar-besaran ataupun kecil-kecilan kerana kita manusia biasa tidak sama seperti Rasulullah yang bersifat MAKSUM. 


Tak kisahlah penipuan itu kecil atau besar. Tapi, the reality is A Lie Makes Many. Penipuan yang pada mulanya hanya kecil akan melahirkan penipuan yang lebih banyak lagi. Maka bertambahlah penipuan-penipuan yang berlaku. Dan bertambahlah juga dosa si penipu.

Bercakap tentang menipu, kenapa kadangkala penipuan yang dilakukan tidak menjadi? Sebabnya adalah orang yang korang tipu tu lebih berumur dan berpengetahuan luas daripada korang. Ye lah.. Budak Darjah 6 nak menipu budak umur 23 tahun, memang lah KANTOI kan?

Saturday, February 4, 2012

Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

Salam ^_^

Pada 5 Februari 2012 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1433, umat Islam di Malaysia akan menyambut Maulidur Rasul sempena mengingati hari kelahiran baginda. Oleh itu, saya ingin berkongsi sedikit mengenai kehebatan kelahiran baginda.  

Situasi: Ketika di 'class Physiology'.

Prof.Dr.Hamim : Anyone of you know why newborn babies cry?
Student : Because  they were so scared, prof.hehe!
Prof.Dr.Hamim : Haha! smart answer, but not correct..
Other Student : err..we dont know prof, will you explain to us..we really had no idea.. =P
Prof Dr.Hamim: Owh ok sure...next time if you dont know just say so ok..being honest is better..*with smiling.

Ok, prof pun mulalah bercerita..why newborn babies MUST cry. If baby tidak menangis maknanya dia mempunyai masalah kesihatan.. Semasa bayi di dalam kandungan ibunya, dia tidak menerima oksigen daripada paru-parunya sendiri tetapi daripada ibunya melalui placenta.Oleh itu, setiap bayi yang baru lahir harus menangis, kerana ia akan membolehkan paru-paru bayi itu dapat berfungsi,dan lebih banyak udara dapat masuk ke dalam paru-paru, seterusnya ini akan mengembangkan lagi kapasiti paru-paru menerima oksigen untuk pernafasan.



Berlainan dengan Nabi Muhammad S.A.W, baginda tidak menangis semasa dilahirkan tetapi batuk sedikit. Cuba kita bayangkan,dengan hanya batuk sedikit sahaja, baginda sudah dapat bernafas dengan baik. *sangat menakjubkan! Bukan itu sahaja, baginda juga sudah dapat tersenyum, mengangkat kepala kerana baginda lahir keadaan meniarap. Baginda juga sudah boleh membuka mata dengan luas sambil melihat ke atas langit seperti melihat sesuatu dan memikirkan sesuatu..Inilah antara mukjizat Nabi Muhammad S.A.W selain Al-Quran.





               Selamat menyambut Maulidur Rasul ^_^